(VIDEO) Lelaki Ini Menangis Dan Merayu Pada Ibunya Yang Sakit.Namun Ibunya Tetap Berkeras Dan Menjawab 'TIDAK! TIDAK! TIDAK'..

Nama pemuda Ali Borni mungkin tidak di kenali ramai orang. Beliau adalah seorang pemain bola sepak dan baru-baru ini namanya tular di media sosial bukan kerana kehebatannya sebagai ahli sukan namun dia telah mencairkan hati ramai orang dengan emosi cintanya yang di tunjukkan sebagai seorang anak kepada ibu.

Ibunya di katakan di jemput di dalam sebuah rancangan TV. Di situ Ali telah merancang untuk datang ke rakaman tersebut tanpa pengetahuan ibunya. Ia adalah satu cara terakhir untuk memujuk ibunya agar menerima buah pinggangnya kerana ibunya itu di sahkan menghidap masalah buah pinggang kriktikal.
Ali sudah puas memujuk ibunya berkali-kali supaya menerima buah pinggangnya kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan ibunya yang tercinta.


Ketika rakaman itu di buat, ibunya telah di beri satu sesi untuk berbual dengan Ali. Dia tidak tahu bahawa perbualan dia dengan Ali adalah di studio yang sama.Ibunya fikir Ali sedang berada di Italy.
Ketika Ali menonjolkan diri dan merayu pada ibunya,ibunya bertegas dengan meyebut laak,laaak!(Tidak!Tidak). Dia di lihat menahan
sebak daripada menangis. Ini kerana ibu Ali tidak mahu memberi risiko kepada hidup Ali yang mungkin akan terjejas kesihatannya kerana memberikan buah pinggang kepada sang ibu.
Nama Ali juga sedang meningkat naik dalam arena bola sepak.Maka kerana itulah sang ibu tidak sanggup mengorbankan hidup anaknya namun bagi sang anak dia mahu agar si ibu dapat meneruskan kehidupan.
Saat menyentuh hati itu telah membuatkan jutaan penonton sebak dan ramai yang menangis. Video rakaman program TV itu juga untuk episode Ali dan ibunya itu di tonton lebih dari 2 juta views.

Ini adalah saat di mana Ali merayu dan menangis teruk di hadapan kamera dan penonton :-Pen Merah Press
Ini pula rakaman penuh episod tersebut .Maaf kedua-dua video tiada translate dalam English/Malay.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Sijil unik Jasin: Sejak diperkenalkan sekitar 80-an, sijil tunang dikeluarkan Persatuan Ketua-Ketua Kampung/Sidang Melaka adalah dokumen paling menari… Read More...
  • 'Dikepung' tebuan Lipis: Azab ‘dikepung’ puluhan tebuan di menara pencawang telekomunikasi sebelum diselamatkan anggota bomba. Itu nasib menimpa seorang kont… Read More...
  • Kekal kuota Kuala Lumpur: Meskipun mengakui sukar untuk mencari penyerang berkualiti, pengendali skuad Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bersetuju jika… Read More...
  • Akhirnya tiba di Makkah Jakarta: Selepas menempuh perjalanan selama hampir setahun dan berdepan pelbagai rintangan akhirnya seorang pemuda yang berjalan kaki dari … Read More...
  • Bahang Emirates London: Alexandre Lacazette akan membuat penampilan pertamanya di depan penyokong Arsenal minggu ini ketika Gunners mengadakan persiapan pr… Read More...

0 Response to "(VIDEO) Lelaki Ini Menangis Dan Merayu Pada Ibunya Yang Sakit.Namun Ibunya Tetap Berkeras Dan Menjawab 'TIDAK! TIDAK! TIDAK'.."

Posting Komentar