Kekal kuota

Kuala Lumpur: Meskipun mengakui sukar untuk mencari penyerang berkualiti, pengendali skuad Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bersetuju jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengurangkan kuota pemain import bagi pasukan Liga Super.

Sebaliknya beliau berpendapat kuota pemain import bagi saingan Liga Perdana dikurangkan daripada 3+1 kepada 2+1 serta menetapkan peraturan lima pemain bawah 23 tahun beraksi dalam setiap pasukan dalam sesuatu perlawanan.

“Liga Super adalah saingan paling tinggi di Malaysia, jadi pada saya tiada masalah dengan kuota pemain

import itu. Tidak perlu ada peraturan untuk mewajibkan beberapa pemain bawah 23 tahun bermain dalam pasukan Liga Super kerana dalam liga itu hanya pemain yang benar-benar layak perlu bermain dalam pasukan, bukan disebabkan peraturan.

“Tapi pada saya bagi saingan Liga Perdana, lebih baik kuota pemain import itu dikurangkan misalnya 2+1 berbanding 3+1 sekarang. Jika 12 pasukan, maka sudah ada 12 slot akan diisi pemain tempatan.

“Selain itu, setiap pasukan Liga Perdana perlu menurunkan lima pemain bawah 23 tahun manakala enam lagi pemain terbuka tanpa mengikut had umur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kekal kuota"

Posting Komentar