'Dikepung' tebuan

Lipis: Azab ‘dikepung’ puluhan tebuan di menara pencawang telekomunikasi sebelum diselamatkan anggota bomba.

Itu nasib menimpa seorang kontraktor yang dilantik syarikat komunikasi untuk melakukan kerja pemeriksaan di menara pencawang telekomunikasi di Kampung Pagar Sasak, Kuala Lipis, di sini, selepas terperangkap selama sejam di atas menara komunikasi pada ketinggian 33 meter, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, mangsa, Mohd Aliff Haiqal Normandi, 23,

dikatakan memanjat menara komunikasi itu untuk melakukan kerja pemeriksaan dan tidak menyedari sarang tebuan yang berada di atas menara itu.

Bagaimanapun, apabila mangsa cuba turun, dia dikelilingi kumpulan tebuan berkenaan dan menyebabkannya tidak dapat bergerak turun dari menara itu.

Menyedari keadaan mangsa yang terperangkap pada ketinggian 33 meter, rakan mangsa segera menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan lelaki itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian jam 3.06 petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Dikepung' tebuan"

Posting Komentar