KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 8 pagi pada 8 Ogos sehingga jam 12 tengah hari, 9 Ogos, lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi.
Kawasan-kawasan yang terjejas di daerah Bangi adalah seperti berikut:
- Taman Wawasan
- Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 3, 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 14, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 15, Seksyen 15 Tambahan, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
- Kawasan Perindustrian Seksyen 13
- Desa Mahkota Bangi
- Taman Bangi Villa
- Taman Bangi Indah
- Pekan Bangi Lama
- Kampung Bangi
- Rumah Murah PKNS Bangi
- Bangi Estate
- Kampung Aman Bangi
- Taman Sri Bangi, Bangi Lama
- Taman Angsana
- Kampung Batu 2, 3, 5, Jalan Bangi
- Kawasan Industri Batu
1
Kawasan Industri Batu 2
Kawasan Industri Batu 3
Kampung Rinching Hilir
Bangi Gateway
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi
Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
Taman Jernang Jaya
Asrama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Bangi
ICT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Akademi Percukaian Malaysia
Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Pusat Membeli-belah Bangi Utama dan kawasan komersial Medan Bangi
Bandar sri Putra
Taman Impian Putra
Bandar Bukit Mahkota
Bangi Avenue
Kolej Universiti Islam Selangor
Mutiara Bangi dan Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra
"Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 8 Ogos 2017," kata kenyataan Syabas di laman webnya. .
Kawasan yang lain turut terjejas ialah Beranang dan sekitar kawasan Semenyih. Pengguna diminta merujuk kawasan masing-masing di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk maklumat lanjut.
0 Response to "Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat 8-9 Ogos"
Posting Komentar