Zulin Aziz Luah Rasa Bengang Kena Tikam Belakang

SEORANG penyampai radio tempatan telah memuatnaik satu lirik video dilaman akaun Instagram miliknya seakan-akan memerli seseorang individu.

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz mengakui lirik video lagu Maafkan Kamu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Malique yang dimuat naik itu sememangnya ditujukan untuk seseorang.

Zulin, 28, berkata dia sudah agak lama mendiamkan diri terhadap sikap individu terbabit yang bersikap talam dua muka.

“Tiada niat lain selain saya mahu individu tersebut terasa dengan perbuatan yang pada saya sangat hipokrit. Saya harap dia tengok posting tu.

“Apa-apa pun, status tersebut juga boleh bersifat umum kerana saya percaya bukan saya seorang melalui situasi kawan sendiri tikam belakang,” katanya memetik sebuah portal online.

Lirik video yang berdurasi 52 saat itu jelas tertulis :

“Jika pernah kau memfitnah, sengaja menyakitkan hati,melaga-lagakan kami, busuk hati, fikiran kotor, hasad dengki. Aku sudah maafkan kamu…”

Tambahnya lagi, individu

yang dimaksudkan itu bukanlah dalam kalangan rakan sekerjanya di stesen radio tersebut.

“Saya tidak mahu ulas secara peribadi siapa yang saya maksudkan. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas,” luahnya dengan nada kecewa.

Dalam masa itu, walaupun mengalami kekecewaan tetapi Zulin tetap tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan apabila hajatnya yang sekian lama ingin berlakon kembali tercapai.

Kegembiraan itu dikongsi dalam entri terbarunya.

“Akhirnya kerinduan saya terbalas setelah lebih setengah tahun tidak berlakon. Tak sabar sebenarnya nak masuk set penggambaran,” kata penyampai radio tersebut.

Pari-Pari Sado merupakan terbitan Nats Production yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan penyanyi terkenal, Siti Nordiana.

Haaa…jaga-jaga dengan manusia zaman sekarang. Bukan dua muka je, bermuka-muka pun bersepah sekarang ni! Buat Zulin, banyak-banyak bersabar ya!– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zulin Aziz Luah Rasa Bengang Kena Tikam Belakang"

Posting Komentar