KUALA LUMPUR: Selepas memenangi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57, Syamsul Yusof berkata hari ini beliau berhasrat menghasilkan filem epik sejarah pahlawan negara.
Syamsul, 33, ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa berkata, beliau mahu merealisasikan filem bergenre sejarah kerana pada masa sama filem itu dilihat sebagai satu sumbangan kepada negara.
“Alhamdulillah, saya menyanyi dan berlakon diterima ramai, tetapi dalam hati saya masih lagi mahu menghasilkan filem.
"InsyaAllah, perancangan masa hadapan, saya akan hasilkan satu filem berbajet besar, berkisarkan pejuang-pejuang bangsa seperti Mat Kilau dan Hang
Tuah,
“Doakan saya hasilkan filem bukan sahaja penting kepada kita, tetapi kepada negara,” katanya.
Selain itu, Syamsul turut menyifatkan kemenangannya di festival filem tersebut, menerusi filem Munafik, di Phnom Penh, Kemboja pada Isnin, adalah satu pencapaian yang tidak dijangka.
“Saya tidak letak harapan yang tinggi dalam anugerah ini. Anugerah ini pernah dimenangi Yasmin Ahmad dan Tan Sri P. Ramlee. Saya terima anugerah dengan rasa rendah diri dan kerdil.
“Pada masa sama, saya tak rasa tertekan untuk menghasilkan sekuel Munafik, kerana apa yang penting bukan anugerah tetapi kualiti filem itu sendiri,” katanya.
Syamsul kini sedang sibuk menyiapkan filem, Munafik 2 yang dijangka menemui penonton selewat-lewatnya Mac tahun depan.
Related Posts :
Sebanyak 30 Ribu Blanko e-KTP dari Pemerintah Pusat Dialokasikan ke Jambi
Wali Kota Jambi, Syarif Fasha
JAMBI, LAMPUNGUPDATE.COM - Sebanyak 30 ribu keping blanko kartu tanda penduduk berbasis elektronik … Read More...
AM Hendropriyono Pidato Wakili Keluarga Jokowi di Akad Nikah Kahiyang-Bobby
SOLO, LAMPUNGUPDATE.COM – Prosesi pernikahan putri Presiden Joko Widodo (Jokowi), Kahiyang Ayu dan pasangannya, Bobby Nasution, berlangsu… Read More...
Prestasi Kepariwisataan, Wisatawan Nusantara Kunjungi Lampung Kalahkan Bali
LAMPUNG, LAMPUNGUPDATE.COM - Dalam kunjungan wisatawan nusantara (wisnus), Provinsi Lampung mencatat prestasi bidang kepariwisataan denga… Read More...
Gempa 5,3 SR Guncang Pesawaran, Warga Tak Merasakan Guncangan
LAMPUNG, LAMPUNGUPDATE.COM - Gempa bumi dengan kekuatan 5,3 Skala Ricther mengguncang Kabupaten Pesawaran, Lampung, pada Kamis dini hari.… Read More...
Soal Putusan Penghayat Kepercayaan, MPR Berharap Ada Kajian Lebih Lanjut
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM – Ketua Fraksi Partai Persatuan Pembangunan (PPP) di MPR Arwani Thomafi menilai, perlu ada kajian dan keputusa… Read More...
0 Response to "Syamsul Yusof mahu hasilkan filem pahlawan negara"
Posting Komentar