BARU-BARU ini satu rakaman video memaparkan gelagat seorang warga emas dan budak kecil bermain tembak-tembak telah tular menerusi laman Facebook.
Video amatur tersebut malah berjaya mencuit hati ramai netizen tempatan sejak semalam dan hingga kini jumlah like serta share dilaporkan semakin meningkat.
Video berdurasi lebih kurang 2 minit itu memaparkan seorang warga emas yang memakai baju belang berwarna merah yang begitu gigih layan kerenah seorang budak berbaju kuning bermain tembak-tembak di sebuah pasar.
Gelagat mereka berdua secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai hingga mendapat banyak pujian.
Tapi siapakah sebenarnya warga emas tersebut sehingga menjadi tular? Menurut beberapa sumber, ada yang mengatakan dia adalah ‘Uncle Robert si legend Kuching’.
Haaa… siapa gerangan sebenar ‘Uncle Robert si legend Kuching’ ni? Okay berikut adalah sedikit perkongsian daripada Media Sarawak Viral tentang latar belakang lelaki tersebut.
“Sebut je nama Uncle Robert ni mesti orang Kuching kenal. Kalau korang nak tahu, Uncle Robert ni tinggal di Pending Heights. He’s my neighbour. Dia ni kena demam panas masa umur dia belasan tahun. Sebab itulah dia jadi macam tu. Dia bukan bekas askar or komando, just that bila dah sakit, dia tak dapat nak pergi ke sekolah. So dia ni selalu duduk rumah tengok TV je. Dulu kan orang minat dengan cerita combat. Dia ni pun sama. Dalam
Haaa… dah kenal siapa?
Dia bukan calang-calang orang tahu. Siapa sangka Robert ini mempunyai pertalian saudara dengan bekas timbalan ketua menteri Sarawak, mendiang Tan Sri Amar Stephen Yong.
Jadi, siapa yang berhasrat nak ke Kuching tu, boleh lah berjumpa dengan Uncle Robert ni ya!– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
Loading...
0 Response to "Siapa Gerangan ‘Uncle Robert Si Legend Kuching’?"
Posting Komentar