Serina Redzuawan sah cerai talak satu, bekas suami tarik balik permohonan nusyuz
Pelakon Serina Redzuawan, 34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya warga Britian Gavin Edward O’luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa. Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak.
Pada prosiding sama, Gavin turut menarik
balik permohonan nusyuz (kembali taat) terhadap Serina yang difailkan sebelum ini.
Serina selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.
Serina diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010.
Sumber: mStar Online
Via: Astro Gempak
Related Posts :
Waspadai "Modus Kejahatan" Terbaru Ini! Pria Aneh Masuk Ke Dalam Mobilnya, Ia Berhasil "Meloloskan Dirinya" Dengan Cara Pintar Ini!1.Aku dan suamiku sedang nonton TV di rumah, saat itu sudah pukul 9 malam. Aku mendengar suara ketukan pintu di depan rumah. "Siapa tuh?"
… Read More...
(VIDEO) Anak Pasangan Suami Isteri Ini Mengalami Sawan Hampir 20 Kali Sehari, Selepas Mereka Mencuba 'Terapi Urutan Sawan', Anak Mereka Kembali Sembuh...
PETALING JAYA: Pasangan ini buntu apabila anak kesayangan mereka diserang epilepsi (sawan) teruk, hampir 20 kali setiap hari.
Mahu atau tid… Read More...
Pelanggan Ini Kesal dan "Melempar Roti" Ke Tukang Kasir, Namun Detik Berikutnya, Si Tukang Kasir Melakukan "Hal Ini"!! Ga Nyangka Banget!Slogan bahwa 'pelanggan selalu benar' seringkali disalahgunakan oleh customer yang 'mau seenaknya saja'. Kita semua tahu bahwa pelanggan tid… Read More...
Lapan kes samun kedai emas diselesaikan
POLIS Selangor berjaya menyelesaikan lapan kes samun kedai emas di negeri ini dan dua lagi di Kuala Lumpur dengan tertangkapnya tujuh lelak… Read More...
"1 Tahun Ada Berapa Musim?" Bila Kamu Menjawab 4 Musim, Kamu Salah! Asal Mengerti "Cerita Ini", Kamu Akan Hidup 10 Tahun Lebih Panjang!Suatu hari, seorang murid Confucius menyapu halaman di luar...
Tiba-tiba datang seorang tamu dan bertanya kepadanya "Siapa kamu?"
Dengan… Read More...
0 Response to "Serina Redzuawan sah cerai talak satu, bekas suami tarik balik permohonan nusyuz"
Posting Komentar