PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi FELDA direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pembelian hotel Merdeka Palace di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Kes pembelian yang terpalit kontroversi itu ketika ini sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Lelaki terbabit yang berusia 51 tahun itu ditahan jam 4 pagi tadi di ibu pejabat SPRM di sini, individu keempat yang direman berhubung siasatan pembelian hotel berkenaan.
Sabtu lalu, dua lelaki berusia 47 dan
51 tahun, iaitu pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel itu, direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan.
BACA: Bekas CEO FIC direman empat hari
Pada Ahad, seorang lagi lelaki berusia 57 tahun, iaitu pengarah sebuah syarikat yang memiliki hotel itu direman selama enam hari.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a), Akta SPRM 2009.
Dipercayai FIC membayar antara RM40 juta dan RM50 juta lebih daripada harga pasaran bagi pembelian hotel Merdeka Palace tersebut.
SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.
Related Posts :
Presiden Trump Cabut Kesepakatan Nuklir Iran 2015, Ini Alasannya!
Presiden Amerika Serikat (AS), Donald Trump
NEW YORK, LAMPUNGUPDATE.COM - Dukungan terhadap kesepakatan nuklir Iran tahun 2015 di… Read More...
Dua Lelaki Berboncengan, Awalnya Terlihat Biasa, Tapi Ketika Kamera Fokus ke Bagian ini Ternyata ada Sesuatu yang JanggalBeredar video kocak di media sosial yang memperlihatkan dua lelaki berboncengan naik motor.
Tak ada yang aneh dari video tersebut, tapi keti… Read More...
Kenapa Kita Perlu Tutup Cermin Di Rumah Apabila Terjadi Kematian... Inilah PenjelasannyaLakukanan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain jika jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebia… Read More...
Waduh! Pedalaman Aceh Utara Ditemukan 6 Hektare Ladang Ganja
ACEH, LAMPUNGUPDATE.COM - Seluas 6 hektare ladang ganja ditemukan di pedalaman Aceh Utara. Di lokasi, seorang pria berinisial AD (23), ya… Read More...
Salut! Padamkan Kebakaran Hutan California, Ribuan Narapidana Turut Dilibatkan
CALIFORNIA, LAMPUNGUPDATE.COM – Untuk memadamkan kebakaran hutan yang berkobar di seantero California, Amerika Serikat (AS), ribuan narap… Read More...
0 Response to "Pembelian hotel FIC: Individu keempat direman"
Posting Komentar