Sehubungan itu beliau berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat menimbang segera permohonan tapak pelupusan baharu yang dibuat kerajaan negeri sebelum ini.
“Penyelesaian terbaik bagi masalah ini ialah membuka tapak pelupusan sampah baharu yang mengunakan teknologi tinggi,” katanya selepas merasmikan penutup Seminar Bersih Budaya Melaka di Dewan Seri Negeri,
Beliau berkata secara purata tapak pelupusan sanitari di Sungai Udang itu menerima 850 tan hingga 1,500 tan sampah sehari.
Mengulas perkembangan lain, Idris berkata pihaknya akan mengusulkan kepada Datuk Bandar Melaka agar mengkaji semula undang-undang kecil untuk mengenakan denda kepada orang ramai yang membuang sampah merata-rata terutamanya di tempat awam.
“Diharapkan langkah ini dapat mendidik masyarakat agar tidak membuang sampah merata-rata,”katanya.
— BERNAMA
0 Response to "Melaka Perlu Tapak Pelupusan Sampah Baharu"
Posting Komentar