Isu berkaitan kambing yang diberikan kerajaan mengakibatkan seorang wartawan ditahan kerana didakwa memfitnah seorang menteri di Facebook.
Kerana kambing, wartawan ditahan atas dakwaan memfitnah menteri
Wartawan dari selatan negara itu dikatakan telah menyebarkan berita kononnya kambing yang diagihkan kerajaan pada waktu pagi itu telah mati pada sebelah petang.
Wartawan akhbar harian berbahasa Benggali, Abdul Latif Morol, ditahan sebelum subuh di bandar Dumuria selepas pemberita akhbar saingan memfailkan kes menurut undang-undang tegas internet.
“Aduan
Chanda ialah tetamu kehormat majlis anjuran jabatan ternakan kerajaan negeri, iaitu sebahagian daripada kementeriannya, di Dumuria Sabtu lalu.
Pada majlis berkenaan, ternakan termasuk kambing, ayam dan itik disumbangkan kepada petani miskin, tetapi seekor kambing mati tidak lama selepas itu.
Ia mendorong Mosol menulis di Facebook ‘Kambing diberikan menteri pada waktu pagi, mati pada petangnya.’
Aduan mendakwa kenyataan Mosol bertujuan merendahkan imej Chanda secara sosial dan peribadi sedangkan beliau sepatutnya menyalahkan pegawai ternakan dan bukan menteri. – AFP
Sumber: Mstar
0 Response to "Kerana kambing, wartawan ditahan atas dakwaan memfitnah menteri"
Posting Komentar