Katanya beliau sering menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengayuh basikal mencari asnaf di kampung-kampung untuk diberi bantuan dan dengan cara itu dapat melihat sendiri cara hidup mereka.
"Semasa rombongan Raja Muda sampai di rumah mereka, saya dapati ada asnaf masih berkain selimut sedangkan orang lain sudah lama keluar bekerja mencari rezeki," kata Mohd Asri dalam kuliah
"Yang saya kesal ialah semasa menerima sumbangan daripada Raja Muda, ada antara asnaf mempunyai kotak rokok dalam poket baju.
Kalau mampu beli sekotak rokok bernilai RM15 atau RM17 tetapi tidak boleh membeli sekampit kecil beras hanya berharga RM13, mereka tidak layak dikategorikan sebagai asnaf," tambahnya.
Mohd Asri berharap asnaf-asnaf di Perlis segera mengubah sikap dan berusaha keras meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga dengan melakukan apa sahaja pekerjaan yang memberi hasil.
-- BERNAMA
0 Response to ""Hulur tangan minta bantuan, kocek terisi kotak rokok" - Mufti Perlis sindir asnaf"
Posting Komentar