
Bagi memudahkan rakyat menyemak Wang Tidak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda hanya boleh mengakses portal tersebut yang dijangka mula beroperasi tahun depan.
“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurut JANM
“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah
semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.
Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.
Kaunter Pejabat JANM dilaporkan sesak beberapa hari ini berikutan diserbu ribuan orang yang mahu membuat semakan WTD.
Semuanya berlaku gara-gara pendedahan yang tular mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.
Namun, rata-rata pengguna yang membuat semakan pulang hampa apabila hasil semakan tidak menemui sebarang baki wang walaupun telah lama beratur menunggu giliran.
Sumber: Harian Metro
Related Posts :
Peralatan Judi Dalam Talian RM354,500 Dirampas
KUALA LUMPUR – Sebanyak 239 peralatan judi dalam talian termasuk mesin simulator dan cip komputer bernilai RM345,500 dirampas dal… Read More...
“Dia yang sebenarnya naik hantu” – Wanita maki Ika Nabella di IG dedah kisah di pihaknya, ingin buat laporan polis
WANITA yang didakwa menyerang Ika Nabella dengan mengeluarkan kata-kata kesat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2)… Read More...
“Kami tak tahu apa yang mereka buat di luar set, itu urusan mereka dan pihak produksi tak masuk campur” – Pengurus Produksi drama Aliff Aziz dan Afifah Nasir
Kami hanya mampu tersenyum sini selepas membaca kenyataan daripada Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu y… Read More...
Makanan Pengganti Nasi Untuk Diet, Makanan Pengganti Nasi Untuk Ibu Hamil, Makanan Pengganti Nasi Un
Makanan Bagi Penderita Diabetes, Makanan Diabetes, Makanan Diabetes Melitus, Makanan Penderita Diabetes, Makanan Untuk Diabetes, Makanan … Read More...
Venna Melinda Akan Restui Anaknya Berpacaran dengan Natasha Wilona
Mata Lelaki - Artis peran Venna Melinda (45) mengatakan akan merestui jika anaknya, Verrell Bramasta (20), berpacaran dengan artis peran … Read More...
0 Response to "Berita Baik!! Anda Boleh Cek Sendiri Online Wang Tidak Dituntut (WTD) Tanpa Perlu Beratur Panjang Di Bank.. Maklumat Lanjut Di Sini"
Posting Komentar