Seorang bayi lelaki maut selepas dipercayai lemas selepas mukanya telah tersembam di atas bantal ketika tidur di dalam buaian di rumahnya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini, lapor Harian Metro.
Menurut ibunya, Melati Mohammad, 32, kejadian telah disedarinya kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika dia baru pulang berkerja.
Dia menjumpai anaknya, Faris Dayyan Qhumainy, empat bulan, tertiarap dengan mukanya tersembam bantal.
"Anak bongsu
saya itu sudah tidak sedarkan diri serta pucat dan kami kemudian membawanya ke Hospital Balik Pulau.
"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya.
"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya.
Menurut beliau yang ditemui di Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, menyatakan anak keempatnya itu baru saja boleh meniarap sejak tiga hari lalu
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat dilakukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit. - Siakapkeli.my
0 Response to "Bayi Baru Belajar Meniarap Maut Muka Tersembam Atas Bantal Dalam Buaian"
Posting Komentar