KUALA LUMPUR – Polis berjaya menyelesaikan 55 kes penipuan pinjaman di seluruh negara melibatkan kerugian dianggarkan RM220,000 dengan tertangkapnya tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu di sebuah kondominium di Cheras, di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 dan 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Polis turut merampas beberapa komputer riba, kad ATM, buku catatan dan telefon milik suspek,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, sindiket yang bergiat aktif sejak awal tahun ini dipercayai menggunakan laman
Katanya, anggota sindiket itu juga menggunakan taktik menawarkan pinjaman dengan syarat yang mudah dan menyasarkan individu kesempitan wang serta disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data System Sdn Bhd (CTOS).
Suspek kemudian akan memperdaya mangsa untuk menyerahkan sejumlah wang dengan cara mendepositkan bayaran ke dalam akaun yang diarahkan kononnya sebagai bayaran yuran proses dan guaman, katanya.
“Sindiket ini juga bertindak licik menggunakan maklumat akaun pihak ketiga sebagai akaun penerima wang hasil penipuan,” katanya. – BERNAMA
Loading...
0 Response to "7 Ditahan Terlibat Sindiket Pinjaman Tak Wujud"
Posting Komentar