Van rempuh orang ramai di Los Angeles, sembilan cedera

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya sembilan cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di Los Angeles, California pada Ahad, lapor media antarabangsa.

“Lapan orang dibawa ke hospital selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di West Pico Boulevard,” umum Jabatan Bomba Los Angeles menerusi

akaun Twitter pada awal kejadian.

Jumlah korban  dijangka bertambah ekoran seorang mangsa berusia 44 tahun dilapor berada dalam keadaan kritikal dan tiga lagi cedera parah.

Rangkaian televisyen NBC Los Angeles, KNBC melaporkan pemandu van itu tidak melarikan diri dari tempat kejadian. 

Menurut pihak polis, pada masa ini mereka tidak tahu sekiranya rempuhan itu dibuat secara sengaja.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Van rempuh orang ramai di Los Angeles, sembilan cedera"

Posting Komentar