KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.
Menurut sumber, dua daripada mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
Kedua-duanya yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun itu ditangkap di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 9 pagi Sabtu ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.
Kedua-dua mereka direman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan.
Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada jam 1.30 tengah hari
merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel tersebut dan dijangka akan direman pagi esok di Mahkamah Putrajaya.
"Siasatan awal mendapati pengarah syarikat terbabit telah melantik syarikat ejen tersebut untuk menguruskan pembelian hotel itu," kata sumber berkenaan.
Semalam, SPRM menyerbu enam pejabat yang mempunyai hubung kait dengan pembelian sebuah hotel berkenaan bagi meneliti dokumen berkaitan pembelian hotel bertaraf empat bintang yang dipercayai dibeli dengan nilai melebihi harga pasaran.
Hasil maklumat awal menunjukkan pembelian hotel berkenaan telah mengakibatkan FIC kerugian ratusan jutaan ringgit.
Siasatan itu adalah yang kedua dilakukan agensi penguatkuasaan itu selepas pembelian sebuah hotel di Kingston, London antara tahun 2013 dan 2015 turut disiasat, baru-baru ini.
Related Posts :
Wahai Ayah Tolong Mulai Sekarang Biasakan Usap Perut Istri Saat Hamil, Inilah Manfaat Luar BiasanyaMasa kehamilan adalah masa terpenting tidak hanya untuk anda, tetapi juga untuk keluarga anda, terutama suami. bunda pasti merasakan bila sa… Read More...
KABAR GEMBIRA !! Ramuan Herbal Ini Menghilangkan Ker!put Di Muka Kurang Dari 2 Minggu,,Berikut CaraNya...Ker!put biasanya nampak sebagai mengakibatkan karena system penuaan alami, yang pasti berjalan saat k0lagen dan el4stin pada jaringan ik4t k… Read More...
Ini 7 Fakta Tentang Kematian dr Ryan yang Diungkap Keluarga, No 5 Bikin Ryan dan Keluarga SyokDokter Reisa Broto Asmoro mengungkapkan kedekatannya dengan almarhum dr Ryan Thamrin.
Rupanya, mereka tak hanya dekat sebagai rekan kerja, … Read More...
Mengenal Guam, Pulau Menawan Sasaran Tembak Rudal Korea Utara
Mata Lelaki - Guam, salah satu pulau kecil di lepas perairan Pasifik, terus menjadi sorotan dunia internasional dalam sepekan terakhir se… Read More...
'Demi Allah, Itu Biadab Sekali' Pengurus Musala Ceritakan Detail Pencurian hingga Pria DibakarBila sebelumnya dari pengakuan saksi mata ada pengakuan pria yang dibakar hidup-hidup kalau ia tak melakukan pencurian ampli.
Namun kesaksia… Read More...
0 Response to "Tiga ditahan SPRM berhubung pembelian hotel di Kuching"
Posting Komentar