Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama

KEGEMBIRAAN berganda buat angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pagi semalam pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai.

Kedua-dua bayi lelaki kembarnya dilahirkan isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos secara normal.

Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadinya
semalam.
 

"Terima kasih atas ucapan semua. Alhamdulillah, bayi kembar kami memilih untuk melihat dunia hari ini.

"Kami bersyukur atas kelahiran kedua-dua cahaya mata kami pada pukul 10.05 pagi," tulis Sheikh Muszaphar.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu mempunyai dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha.


Teks oleh: Amri Hassan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama"

Posting Komentar