Setelah Hampir Setahun Menempuh Perjalanan, Pemuda Tiba Di Kota Suci Makkah


Setelah menempuh perjalanan dan berdepan dengan pelbagai rintangan selama hampir setahun akhirnya seorang pemuda yang berjalan kaki dari kampungnya di Indonesia untuk mengerjakan haji telah selamat tiba di tanah suci Makkah.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Mochammad Khamim Setiawan, 28 mula berjalan kaki dari kampung Wonopringo di Pekalongan, Jawa Tengah menuju ke Makkah bagi mengerjakan

haji.

BACA: Dah Sampai Dubai, Lelaki Dari Indonesia Ini Jalan Kaki Ke Mekah Untuk Tunai Ibadah Haji

Pemuda lulusan ekonomi dari Universiti Negeri Semarang ini memulakan ekspedisi itu bersama dua lagi rakannya tetapi mereka mengalah sebelum melepasi Jawa Tengah dan meyebabkan dia meneruskan perjalanan tersebut seorang diri.

Khamim menjangkakan ketibaannya di Makkah ialah pada 30 Ogos ini iaitu sebelum hari wukuf.

Bagaimanapun, Khamim tiba lebih awal apabila gambarnya memakai ihram di hadapan Kaabah telah dimuat naik di Facebook kelmarin.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Setelah Hampir Setahun Menempuh Perjalanan, Pemuda Tiba Di Kota Suci Makkah"

Posting Komentar