“Saya baru beli sejam yang lepas” – Ferrari hangus terbakar lepas 1 jam dibeli, pemilik putih mata

SIAPA yang tidak bangga jika mampu membeli sebuah kereta mewah?

"Saya baru beli sejam yang lepas" - Ferrari hangus terbakar lepas 1 jam dibeli, pemilik putih mata

“Saya baru beli sejam yang lepas” – Ferrari hangus terbakar lepas 1 jam dibeli, pemilik putih mata

Pastinya kegembiraan dan kebanggaan itu mahu dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tetapi jika sudah tertulis bukan rezeki, makanan yang sudah berada di dalam mulut pun tidak akan sampai ke dalam perut.

Mungkin itu nasib yang menimpa seorang pemilik kereta Ferrari 430 Scuderia, yang baru sejam memiliki kereta mewah berkenaan.

 

Hasrat untuk membawa keluarga dan rakan-rakan meronda dengan kereta itu tidak kesampaian apabila ia musnah terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan.

height="933" sizes="(max-width: 700px) 100vw, 700px" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vdyw_CGBm83S-zO2WFci8CAetkiHv40dYMs7Cky5rc9hFGA-R5VUfx7_dws4AF_AYWQhK9FERgfg=s0-d" srcset="http://ift.tt/2hfaVHT 720w, http://ift.tt/2f09sEI 161w, http://ift.tt/2hfbCBj 550w, http://ift.tt/2eZTTNq 480w, http://ift.tt/2hfepdE 375w" width="700">

Dalam kemaskini status di akaun Facebook, Jabatan Polis Sheffield, United Kingdom, berkongsi kisah malang yang menimpa pemilik kereta itu apabila kenderaan terbabit terbabas di satu persimpangan.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik kereta itu, status berkenaan turut menjelaskan kemalangan berlaku dalam keadaan jalan licin, namun menyatakan kereta tersebut tidak dipandu laju.

Biarpun keretanya musnah terbakar, pemandunya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Saya baru beli sejam yang lepas” – Ferrari hangus terbakar lepas 1 jam dibeli, pemilik putih mata"

Posting Komentar