KUCHING – Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan semalaman bagi setiap bilik kepada kerajaan negeri.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana keputusan tersebut berbeza dengan aturan sebelumnya.
Menurut beliau kerajaan Sarawak dijangka mengemukakan satu memorandum bersama kerajaan Sabah untuk mengadakan rundingan dengan Kuala Lumpur mengenai isu cukai itu dan meminta pemberita menyemak dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tentang perkara berkenaan.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat dengan pemberita selepas merasmikan persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pendidikan Khas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.
Rabu lepas,
Bagaimanapun, awal bulan lepas, beberapa portal berita melaporkan bahawa Nazri berkata Sabah dan Sarawak akan menjadi penerima terbesar cukai pelancongan kerana “wang itu akan diagihkan secara sama rata mengikut wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), bukan mengikut negeri kerana sekiranya Perlis mendapat jumlah yang sama dengan Sarawak, maka ia tidak adil”. – BERNAMA
Loading...
0 Response to "Sarawak Tak Setuju Rancangan Pengagihan Cukai Pelancongan"
Posting Komentar