Sambutan Hari Harimau Antarabangsa, International Tiger Day disambut pada 29 Julai setiap tahun bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pemuliharaan harimau di dunia.
Sambutan Hari Harimau Sedunia ini mencerminkan keperluan setiap lapisan masyarakat untuk memainkan peranan memastikan harimau liar hidup sejahtera di habitat asal dan menghalang kepupusan.
Sambutan Hari Harimau Sedunia ini mencerminkan keperluan setiap lapisan masyarakat untuk memainkan peranan memastikan harimau liar hidup sejahtera di habitat asal dan menghalang kepupusan.
Kerajaan juga memperbaharui komitmen dalam ‘United Nations Sustainable Development Goals’ yang
bermatlamat memerangi dan menamatkan pemburuan haram dan penyeludupan hidupan liar.
Antara strategi yang dikenal pasti adalah termasuk perlindungan habitat, spesies, penyelidikan dan pengurusan konflik.
Kesedaran awam terhadap usaha pemuliharaan harimau di negara ini perlu dipertingkatkan dan disemai terutamanya kepada generasi muda.
Dalam satu persidangan yang diadakan beberapa tahun lalu, 13 negara termasuk Malaysia telah bersetuju untuk mempergiatkan usaha pemuliharaan harimau liar untuk menggandakan populasi harimau liar di negara masing-masing menjelang tahun 2022.
Selamat menyambut hari harimau antarabangsa.
BACA INI JUGA: Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa
sumber: utusan
0 Response to "Sambutan Hari Harimau Antarabangsa, International Tiger Day"
Posting Komentar