TELUK INTAN – Seorang peniaga kerugian RM40,000 apabila pintu kenderaan miliknya diumpil pencuri yang kemudian melarikan bungkusan plastik berisi wang tunai yang diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan keretanya, hari ini.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Saifuddin Mohd Husan, 53, dari Kampung Selabak di sini meletakkan kereta jenis Perodua Viva seketika di tempat meletak kereta berhadapan Terminal Bas Bandar Baharu Teluk Intan, di sini dalam keadaan berkunci untuk bertemu rakan di sebuah kedai.
Menurut Saifuddin, sebaik mengeluarkan wang di sebuah bank berdekatan lebih kurang 11.30 pagi, beliau terus ke kedai rakannya bagi mendapatkan barangan.
“Tak sampai lima minit masuk kedai, saya terdengar penggera kereta berbunyi dan apabila keluar untuk meninjau,
Saifuddin percaya beliau telah diekori penjenayah sejak dari bank namun ketika dalam perjalanan itu, beliau tidak mengesyaki atau menyedari sesiapa yang mengekorinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu lebih kurang 12 tengah hari daripada orang awam.
Katanya, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan keterangan saksi kejadian. – BERNAMA
Loading...
0 Response to "Pintu Kereta Diumpil, Peniaga Rugi RM40,000"
Posting Komentar