Mayat Amer Nur Rashid Dzulrashid, 28, seorang anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dasar empangan berkenaan pada pukul 11.26 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.48 malam
Empat rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing pulau berkenaan, sebelum menyedari mangsa hilang.
"Sebelum itu, bot yang sama telah membawa lima lagi rakan mangsa menyeberang ke pulau berkenaan.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sejak awal pagi tadi manakala sembilan rakan mangsa yang berusia antara 21 hingga 38 tahun itu berjaya diselamatkan pada pukul 6.58 pagi tadi," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
0 Response to "Pemancing hilang di Empangan Semenyih ditemui lemas"
Posting Komentar