Melaka: Seorang peniaga barangan antik dicekup orang awam ketika cuba melarikan diri selepas menyamun seorang wanita di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Seri Duyong, di sini, semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa seorang guru berusia 39 tahun, baru saja mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di dalam sebuah kedai serbaneka 24 jam terbabit.
Sumber berkata, ketika mangsa
“Supek mengatakan dia mahukan wang milik mangsa, namun guru terbabit enggan menyerahkannya. Suspek yang berang kemudian mengeluarkan pisau pemotong daging lalu mengetuk bahu kanan mangsa.
“Disebabkan kesakitan, mangsa menjerit sehingga menarik perhatian orang awam berada berhampiran kemudian bergegas membantu wanita itu,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Response to "Nasib baik jerit"
Posting Komentar