MUHAMMAD Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar bersama guru pengiring menunjukkan ciptaan 'Solar Cat Feeder' yang menjadi juara
di Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) di Seoul, Korea, semalam.
Seorang pelajar lelaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) keenam di Seoul, Korea Selatan, semalam dengan alat ciptaannya yang dikenali sebagai 'Solar Cat Feeder'.
Alat Pemberi Makan Kucing Solar ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, itu menewaskan wakil dari 20 negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu.
Muhammad
Danish memberi kenyataan bahawa dia juga seorang pencinta haiwan oleh itu ciptaan terbabit adalah ilham dalam usaha memastikan kucing peliharaan sentiasa terjaga rapi.
"Hasil perkongsian idea bersama bapa, saya mencipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel solar sebagai bekalan tenaganya.
"Alat ini mendapat tempat di hati juri kerana ia mampu menyelesaikan masalah utama pencinta kucing yang buntu memikirkan cara untuk memberi kucing mereka makan seharian sekiranya mereka tiada di rumah," lapor Berita Harian.
Jelas Muhammad Danish lagi, 'Solar Cat Feeder' tidak memerlukan jumlah tenaga manusia untuk mengendalikannya kerana alat itu hanya bergantung kepada sumber tenaga solar.
Melalui kejayaan yang dikecapinya, Muhammad Danish Syafi menaruh harapan agar ada pihak yang sudi menaja dana bagi tujuan pengkomersialan ciptaannya itu.
Sumber- Berita Harian
Related Posts :
Hendropriyono: Generasi Milenial Layak Tonton Film Merah Putih Memanggil
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM – Tokoh intelijen nasional, AM Hendropriyono menilai, film Merah Putih Memanggil sangat bagus.
“Film ini memb… Read More...
Menhan Ryamizard: Indonesia Buat Kapal Selam Sendiri Tahun Depan
Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM - Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu menyatakan, tahun depan I… Read More...
Wujudkan Swasembada Garam, Menteri Susi Tambah Lahan 3.945 Hektare
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM - Untuk mewujudkan swasembada garam konsumsi sebagai f… Read More...
Gubernur Ridho: Aparat Keamanan Harus Tingkatkan Deteksi Dini Potensi Konflik
Gubernur Lampung, Muhammad Ridho Ficardo
LAMPUNG, LAMPUNGUPDATE.COM - Gubernur Lampung, Muhammad Ridho Ficardo, meminta aparat pe… Read More...
Awas Hati-Hati, Binatang Transparan Ini Hidup Di Air Minum Anda Mohon Share Agar Ramai Yang Tahu Tentang Perkara IniApa yang ditampilkan dalam gambar di atas adalah Tranparent Eel Larva.
ini adalah hewan yang hidup di air … Read More...
0 Response to "Murid Sekolah Rendah Berjaya Raih Pingat Emas Dalam Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) Di Korea Selatan"
Posting Komentar