Melampau !!! Dah Macam Panggung Wayang Pelajar Lelaki Tonton Video Lucah Gunakan Projektor Sekolah

Loading...


Macam panggung wayang dah korang buat , sudahlah tengok benda tak elok , kemudian tonton secara berjemaah . Heii ..

Menerusi Coconuts Jakarta , sekumpulan pelajar kantoi menonton video lucah menggunakan projektor dalam kelas . Gambar itu kemudiannya tular di media apabila dimuatnaik oleh seorang netizen ke media .

Berdasarkan gambar , beberapa orang pelajar yang berpakaian lengkap berbaju pengakap sedang leka menonton video lucah berkenaan sehingga tidak perasaan perbuatan mereka dirakam oleh seseorang .

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Tinggi Greater , Jakarta .

Lembaga Pendidikan Jakarta telah dimaklumkan berkenaan kejadian dan mereka telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sekolah berkenaan .

Ramai yang memberi spekulasi bahawa gambaran kejadian itu berlaku di sebuah sekolah tinggi di Depok atau sekolah tinggi SMAN 11 di Timur Jakarta .

Bagaimanapun  , pengetua sekolah mengugut untuk melaporkan kepada pihak polis jika terdapat sesiapa yang menuduh beliau ‘tutup sebelah mata’ dengan tindakan pelajar yang melanggar undang-undang .

Pihak berkuasa sama sekali tidak akan memandang ringan kes ini . Mengikut undang-undang pornografi , orang dewasa yang ditangkap menyebar dan mempamerkan video kandungan pronografi boleh dikenakan hukuman penjara maksima 12 tahun.

sumber : Coconuts Jakarta
Via
www.kakishare.my

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Melampau !!! Dah Macam Panggung Wayang Pelajar Lelaki Tonton Video Lucah Gunakan Projektor Sekolah"

Posting Komentar