Mayat Seorang Bayi Lelaki Ditemui Mati Dalam Sebuah Kotak Dipercayai Dibunuh


Mayat seorang bayi lelaki berusia lingkungan enam bulan telah ditemui mati di dalam kotak di tepi jalan di Jalan Kovil Ulu, Sentul, pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mayat bayi lelaki itu telah dijumpai oleh seorang wanita yang sedang membersihkan akwasan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.


Menurut saksi,  kotak berkenaan sudah berada
di lokasi itu sejak malam tadi lagi.

"Bagaimanapun, seorang wanita membuka kotak berkenaan untuk memeriksa selepas terhidu bau busuk.

"Wanita kemudian menemui mayat bayi yang dibalut menggunakan tuala sebelum memaklumkan perkara itu kepada saya," katanya.

Memetik tulisan di laman Twitter milik Bernama, pihak polis mengesahkan bayi yang dijumpai tersebut dipercayai telah dibunuh sebelum ditinggalkan di lokasi tersebut. - Siakapkeli.my


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mayat Seorang Bayi Lelaki Ditemui Mati Dalam Sebuah Kotak Dipercayai Dibunuh"

Posting Komentar