MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak ‘Korean/Hallyu Wave’ mula melanda negara dan ia masih menjadi kegilaan khususnya dalam kalangan remaja.

Justeru, tidak hairanlah tindakan seorang pengguna Twitter @nunonish atau Anishahhh memuat naik video ibunya menyanyi sebuah lagu rap Korea bertajuk ‘Three Word’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Sechkies menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.

“Matilanak! Ibu pun tahu rap lagu korea dia,” tulisnya di Twitter.

Video tersebut menjadi viral di media sosial kerana kelancaran wanita  tersebut menyanyi lagu itu dengan gaya bersahaja semasa memandu kereta.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum mereka terhadap wanita tersebut.

“Weh pertama kali tengok mak orang rap korea weh, kalau mak aku tu dia keji sebab aku rap korea,”komen pengguna Twitter, Ikhwan Lee.

Tulisannya itu disokong pengguna Twitter, Yoyon.

“Salute ibu awak! Ibu saya pun nyanyi jugak lagu kpop tapi lirik mestilah tak betul,” katanya pula.

Pengguna Twitter D turut mengatakan