Matic Bakal Sertai Man United?

JOSE Mourinho mengesahkan Nemanja Matic benar-benar mahu menyertai Manchester United selepas pendedahan sekeping gambar pemain itu menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu.

Pemain tengah Chelsea itu dijangka memuktamadkan perjanjian bernilai £40 juta (RM225 juta) untuk bergabung semula dengan Mourinho di bawah pasukan yang sama, dalam waktu terdekat.

Memetik laporan Sportsmail, difahamkan bahawa gambar tersebut menunjukkan Matic dalam berpakaian kit latihan Manchester United.

Bagaimanapun, bercakap selepas kemenangannya dalam perlawanan

persahabatan ke atas Valerenga di Oslo dengan 3-0, Mourinho enggan mengesahkan bahawa perpindahan itu telah dimuktamadkan.

“Saya sedang menunggu berita itu,” katanya.

“Saya tahu dia (Matic) mahukannya teramat sangat. Bila seorang pemain mahukannya teramat sangat, peluangnya adalah lebih besar.

“Saya fikir kita mempunyai peluang tetapi di dalam bola sepak kena tunggu sehingga ia rasmi,” kata Mourinho. – Mail Online/mStar Online

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Matic Bakal Sertai Man United?"

Posting Komentar