KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.
"Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah," kata kenyataan itu.
Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27
Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai 'Burkan-1', yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.
Wisma Putra berkata Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.
Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.
-- BERNAMA
Related Posts :
Bayi Berpenyakit Kronik Berjuang Untuk Hidup Dengan Bantuan Nenek Dan Datuk Selepas Ditinggalkan Ibu Bapa Yang Rela Memiliki Anak Lain Yang Tidak Sakit
Meskipun telah menjalani beberapa kali pembedahan, hidup bayi berusia lapan bulan ini masih lagi dalam keadaan bahaya.
Sun Menghan yang be… Read More...
Bentrok di Mesuji, Personel TNI-Polri Dikerahkan
MESUJI, LAMPUNGUPDATE.COM - Pasca bentrokan antara warga dan pihak keamanan PT Prima Alumga di Mesuji, Lampung, yang berbuntut pembakaran… Read More...
"Tolong Doakan Anak Saya Faiz Cepat Sembuh, Saya Belum Bersedia Untuk Kehilangan Dia," - Ibu
Pada mulanya ia dilahirkan normal seperti kanak-kanak yang lain, namun ketika hampir melangkah umur setahun, pengelihatannya tiba-tiba hil… Read More...
Facebook Segera Buka Kantor di Indonesia
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM – Facebook (FB) akan segera membuka kantornya di Indonesia. Rencana itu diketahui usai pertemuan tim Facebook d… Read More...
Gaji Pemain TRW RM816,000 Sebulan Tak Padan
KUALA LUMPUR – Penaja The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan prestasi pasukan itu setakat musim ini.
Bagi beliau, presta… Read More...
0 Response to "Malaysia kutuk serangan peluru berpandu oleh puak Houthi"
Posting Komentar