Chukai: Selepas melakar rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan kejayaan berjalan solo ke seluruh negara, Sabri Ali, 54, kini menyimpan cita-cita lebih besar menakluk bumi Makkah dan Madinah.
Dia yakin impiannya bukan mustahil biarpun bakal berdepan dengan cabaran cuaca panas terik di Tanah Suci.
“Ia menjadi impian saya untuk menghayati hijrah Nabi Muhammad SAW dari
Kota Makkah ke Madinah. Saya difahamkan jarak antara kedua-dua kota suci itu kira-kira 400 kilometer (km).
“Bagi saya, mungkin tidak menjadi masalah untuk berjalan sejauh itu kerana sudah membuktikan keupayaan menjelajah sejauh lebih 2,000 km sebelum ini.
“Mungkin keadaan cuaca yang akan menjadi cabaran, cuma saya berharap impian dan misi berjalan solo di bumi Arab nanti mampu tercapai,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Response to "Mahu 'menapak' ke Makkah"
Posting Komentar