Perbuatan mendatangi isteri ketika sedang dalam keadaan kotor amatlah tidak bagus untuk kesihatan bersama dan juga ditegah agama . Namun , kebiasaannya yang ditegah itu lah yang semakin ramai cuba nak lakukan .
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila suaminya berang dan pukul ketika diajak bersama namun ditolak kerana keuzuran (haid)
Menurut Sinar Harian , lelaki yang berusia 49 tahun dikatakan telah mengajak isterinya untuk bersetubuh pada jam sekitar 7 pagi 22 julai lalu . Suami bertindak mengasari isterinya kerana tidak dapat memuaskan nafsu
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah Taman Impiana , Pengkalan Chepa Kelantan .
Walaubagaimanapun , wanita berusia 41 tahun itu menolak ajakan suaminya kerana sedang dalam keadaan tidak bersih . Mangsa yang bekerja sebagai pembantu pra sekolah dilaporkan mengalami lebam pada pipi dan dan tangan kiri bengkak selain sakit pada seluruh tubuh .
Ibu kepada dua anak itu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah semalam . Lelaki itu pada mulanya mengaku melakukan perbuatan tersebut tetapi menarik balik pengakuan selepas mendengar hukuman yang bakal dijatuhkan jika sabit kesalahan .
Pendakwaan terhadap tertuduh membawa hukuman mandatori penjara sehingga 5 tahun jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan .
Tertuduh yang tidak diwakili pihak peguam mengaku tidak bersalah dan diikat jamin rm1500 dengan syarat tidak mengganggu mangsa .
sumber : harian metro
www.kakishare.my
0 Response to "KEJAM! Isteri Ini Di Belasah Oleh Suaminya Sendiri Kerana Tidak Mahu Bersetubuh Ketika Haid!"
Posting Komentar