Beliau berkata ia adalah antara faktor penentu kejayaan agenda itu yang giat direncanakan untuk semua kaum di Malaysia khususnya generasi muda dalam tempoh 30 tahun akan datang.
"Kaum India perlu bersama-sama dengan lain-lain kaum dari segi perpaduan, persefahamanperlu ada antara satu sama lain sekali gus dapat menyatupadukan semua kaum dan bersama-sama menikmati manfaat daripada TN50.
"Kaum India perlu keluar dari kepompong ketika ini jika tidak mahu ketinggalan seterusnya dapat mencapai kejayaan seperti lain-lain kaum di negara ini," katanya.
Beliau yang juga Penasihat Kementerian Pengangkutan bercakap kepada Bernama selepas merasmikan Dialog Transformasi Nasional (TN50) anjuran Pergerakan Pemuda MyPPP dengan kerjasama Pemuda Barisan Nasional di sini, yang turut disertai kira-kira 300 orang.
-- BERNAMA
0 Response to "Kaum India perlu ubah sikap pastikan agenda TN50 berjaya"
Posting Komentar