Kakitangan McDonald’s kongsi gambar jijik yang didakwa dikeluarkan dari mesin aiskrim
LOUISIANA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang individu yang mendakwa dirinya kakitangan di sebuah restoran makanan segera, McDonald’s, berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran berkenaan, lapor Daily Mail.
Individu yang menggunakan nama ‘Nick‘ di Tiwtter dan tinggal di Louisiana ini berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan viral di media sosial.
Gambar menunjukkan bekas besi yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim yang mengandungi sisa-sisa kotor berwarna kehijauan.
class="separator">
“Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald’s, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini,” tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi.
Nick juga memuat naik gambar mesin aiskrim tersebut dan menegaskan bahawa bekas besi yang diambilnya itu bukanlah perangkap sisa atau kotoran yang terletak di bawah mesin tersebut.
“Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran.”
0 Response to "Kakitangan McDonald’s kongsi gambar jijik yang didakwa dikeluarkan dari mesin aiskrim"
Posting Komentar