PELAPIS perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao muncul juara Kejohanan Remaja Asia selepas menumpaskan pemain China, Bai Yupeng, hari ini.
Dia diletakkan sebagai pilihan keenam mencatat kemenangan 21-6, 20-22, 21-17 pada aksi berlangsung di Kompleks Sukan Jaya
Raya, Jakarta.
Kali terakhir pemain negara muncul juara di kejohanan itu adalah melalui Soo Teck Zhi pada 2013 sebelum dikuasai pemain China pada tiga edisi berturut-turut.
0 Response to "Jun Hao juara Remaja Asia"
Posting Komentar