Walaupun Farahdhiya berdarah kacukan Barat yang rata-rata orangnya berfikiran terbuka dan ‘okay’ untuk cara penghidupan bebas namun cara sebegitu bukan wanita berusia 33 tahun ini.

Sememangnya penyanyi lagu Bertakhta Di Hati menolak sekeras-kerasnya gaya hidup sebegitu malah sangat sensitif jika ada godaan menjurus ke arah kerosakan akhlak dan keruntuhan moral.

“Memang saya terbuka dalam semua perkara tapi dalam soal berkongsi gambar barang sulit sendiri, itu sudah keterlaluan. Saya bukan jenis perempuan yang suka lihat benda-benda kotor macam itu. Saya perempuan yang bermaruah.

“Walaupun saya belum berkahwin, saya langsung tidak ada keinginan nak melihat barang sulit orang. Sudah pastilah saya marah kalau ada pihak yang sengaja berkongsi gambar sulit mereka itu. Apa tu?

“Jangan ingat saya akan berdiam diri jika terjebak dengan situasi sebegini. Sebaliknya saya akan bersuara lantang tentang perangai tidak senonoh dia itu. Saya yakin budak cerdik tidak akan melakukan kerja kotor sebegini.

“Hanya yang dangkal pemikirannya saja yang sanggup melakukan perkara sebegini,” tegas Farah.

Geram dan amarah itu rupanya bersebab. Luahan itu merujuk kepada pengalaman diri menerima gambar lucah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Instagram baru-baru ini.

Gambar tidak bermoral tersebut dihantar remaja lelaki berkenaan menerusi kiriman mesej secara langsung kepadanya. Tanpa segan silu, remaja berkenaan melayangkan imej alat sulitnya kepada Farah, walaupun langsung tidak mengenali penyanyi ini.

Selepas meneliti identiti profil, Farah mendapati remaja lelaki itu masih lagi bersekolah.

Tidak berhajat untuk membawa perkara tersebut ke pihak berkuasa, Farah juga tidak memberi sebarang respon selepas menerima kiriman gambar berkenaan. Dia hanya bertindak menyekat akaun remaja lelaki berkenaan sahaja.

Jangan menganggap Farah mengambil mudah atas tindakannya tersebut. Itu adalah cara Farah mengatasi permasalahan yang timbul. Secara langsung dia mahu mengajar golongan tersebut lebih beradab dengan golongan wanita yang tidak dikenali.

“Kalau diikutkan hati, mahu saja saya memuat naik gambar jijik remaja berkenaan di Instagram saya, tunjuk nama dia sekali. Biar satu dunia tahu dengan apa yang dilakukan budak itu. Biar dia malu besar dengan tindak tanduknya.

“Saya juga mahu ibu bapa remaja itu tahu yang anaknya itu tidak sebaik yang disangka. Biarkanlah dia, rasakan. Tapi selepas difikir semula, adakah tindakan saya itu benar-benar dapat mengatasi permasalahan sedia ada.

“Sebab itu saya sekat dia dan sesiapa saja yang buat kerja tak senonoh itu. Ingat orang perempuan ini suka ke kalau