PELAKON Hannah Delisha mengakui menerima banyak kiriman gambar dan mesej berbaur lucah di Instagram miliknya sejak membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer.
Hannah, 21, berkata, dia turut menerima beberapa mesej cinta daripada lelaki termasuk pelajar sekolah.
“Sejak drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria, ruangan Direct Massage (DM) Instagram dihujani pelbagai mesej. Ada antaranya gambar dan mesej lucah dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan cinta.
“Namun saya tak layan pun semua
Bagaimanapun Hannah tidak mahu mengambil pusing mengenai perkara itu kerana menganggap ia sebahagian daripada cabaran menjadi anak seni.
Malah Hannah percaya akan berdepan dengan pelbagai lagi cabaran selepas ini.
“Saya malas balas mesej-mesej itu. Nanti timbul isu lain pula. Namun, saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan komen positif dan kata-kata semangat,” katanya.
Drama fenomena ini menggandingkan Hannah dan Syafiq Kyle sebagai pelakon utama.
Drama 16 episod ini berjaya melonjakkan nama Hannah yang melakonkan watak Aira Qaisara.
sumber: hmetro
Baca Juga:
Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha. Cuba Lihat 7 Koleksi Fotonya Ini. MEMANG SEKSI HABIS!
Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha. Cuba Lihat 7 Koleksi Fotonya Ini. MEMANG SEKSI HABIS!
0 Response to "Hannah Delisha mengakui menerima banyak kiriman gambar dan mesej berbaur lucah…..Ini Respon Hannah Delisha terhadap masej tersebut!"
Posting Komentar