LOS ANGELES: Pelakon antarabangsa, George Clooney berikrar akan melakukan apa sahaja demi mengheret sebuah penerbitan Perancis ke muka pengadilan.
Ia berikutan tindakan majalah bernama Voici itu menyiarkan beberapa keping foto anak kembarnya tanpa izin.
Menurut bintang
Ocean's Eleven itu, jurugambar dari majalah berkenaan 'memanjat pagar dan pokok dan mengambil gambar bayi-bayi kami di dalam rumah'.
Dalam satu kenyataan, Clooney
berkata, jurugambar dan sidang pengarang majalah itu akan didakwa tanpa belas kasihan demi keselamatan anak-anaknya.
Clooney dan isterinya, Amal, mengumumkan kelahiran bayi kembar mereka yang dinamakan Alexander dan Ella, pada Jun, tetapi tidak mengedarkan gambar mereka untuk tatapan umum.
Voici pada Jumaat menerbitkan gambar Amal dan Clooney, berpakaian renang, sambil mendukung bayi-bayi mereka. Gambar itu dikatakan diambil di vila mereka di Lake Como, Itali.
Majalah berkenaan belum memberi sebarang respons tentang kenyataan Clooney itu.
Related Posts :
'Dikepung' tebuan
Lipis: Azab ‘dikepung’ puluhan tebuan di menara pencawang telekomunikasi sebelum diselamatkan anggota bomba.
Itu nasib menimpa seorang kont… Read More...
Akhirnya tiba di Makkah
Jakarta: Selepas menempuh perjalanan selama hampir setahun dan berdepan pelbagai rintangan akhirnya seorang pemuda yang berjalan kaki dari … Read More...
Bahang Emirates
London: Alexandre Lacazette akan membuat penampilan pertamanya di depan penyokong Arsenal minggu ini ketika Gunners mengadakan persiapan pr… Read More...
Kekal kuota
Kuala Lumpur: Meskipun mengakui sukar untuk mencari penyerang berkualiti, pengendali skuad Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bersetuju jika… Read More...
Sijil unik
Jasin: Sejak diperkenalkan sekitar 80-an, sijil tunang dikeluarkan Persatuan Ketua-Ketua Kampung/Sidang Melaka adalah dokumen paling menari… Read More...
0 Response to "George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya"
Posting Komentar