Ganguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 8 – 9 Ogos

BEBERAPA kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami ganguan bekalan air sementara, bermula pada jam 8 pagi pada 8 Ogos hingga jam 12 tengah hari 9 Ogos.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya berkata gangguan bekalan itu berlaku berikutan perlaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agiahan air di Bukit Mahkota, Bangi.

Kerja-kerja pembaikan dijangka mengambil masa selama 48 jam dan bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai.

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terjejas.

379w" width="614">

Sehubungan itu, Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan bermula.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air ini secepat mungkin.

“Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 8 Ogos 2017,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh merujuk kawasan masing-masing di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar ‘mySyabas‘ untuk maklumat lanjut. –MYNEWSHUB.CC

Video di bawah sekadar hiasan…

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ganguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 8 – 9 Ogos"

Posting Komentar