PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) Mohd Zaid Abdul Jalil hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di Kuching, Sarawak.
Beliau tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada 9.30 pagi dan dipercayai memberikan keterangan kepada SPRM setelah dipanggil suruhanjaya itu untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Pemerhatian warga media yang menunggu di depan ibu pejabat SPRM itu
Sehingga kini, tiga individu termasuk dua pengarah syarikat telah direman membabitkan kes itu pada minggu lalu.
Kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di Kensington, London oleh FIC sebelum ini. – BERNAMA
Loading...
0 Response to "Bekas CEO FIC Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM"
Posting Komentar