
Bayi Usia 15 Bulan Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Tidak Sedarkan Diri Akibat Terjatuh Di Rumah Pengasuh
Semalam, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia setelah tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Memetik laporan Harian Metro, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumah pengasuhnya, di Padang Serai, Kulim Jumaat lalu.
Bayi perempuan yang dikenali Haifa Afrina Mohd. Nasri itu disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) HSB kira-kira pukul 3.40 petang kelmarin.
Menurut bapa mangsa,
Mohd. Nasri Mohd. Yusof, dia menerima mesej daripada pengasuh yang juga jirannya menyatakan anak tunggalnya itu kelihatan pucat kira-kira pukul 4 petang Jumaat lalu.
“Saya terus ke rumah pengasuh dan mendapati Haifa Afrina sudah tidak sedarkan diri dan segera membawanya ke Hospital Kulim.”
Mohd. Nasri berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB sebentar tadi.
Tambahnya pengasuh tersebut ada memaklumkan yang anaknya terjatuh, sehari sebelum kejadian namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda perubahan atau menangis kesakitan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Manakala pengasuh terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan. Pihak polis masih lagi menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Siasatan awal kini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
– www.kakishare.my
Related Posts :
Ini Jumlah Alat Pantau Radiasi Nuklir yang Dibutuhkan Indonesia
Kepala Badan Pengawas Tenaga Nuklir (Bapeten), Jazi Eko Istyanto
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM - Saat ini, Indonesia membutuhkan set… Read More...
Ngeri! Pabrik Petasan di Tangerang Terbakar, 39 Orang Tewas dan Lainnya Luka
JAKARTA, LAMPUNGUPDATE.COM – Korban tewas akibat terbakarnya pabrik petasan dan kembang api di kawasan Pergudangan 99, Jalan Salembara, K… Read More...
Puluhan Rumah di Tanggamus Terendam dan Rusak Akibat Banjir Bandang
LAMPUNG, LAMPUNGUPDATE.COM - Akibat curah hujan yang tinggi, banjir bandang merendam empat pekon/desa dan merusak puluhan rumah dan bangu… Read More...
Lampung Provinsi Pertama Luar Jawa Tuan Rumah Olympic AD
LAMPUNG, LAMPUNGUPDATE.COM - Setelah sebelumnya Provinsi Malang, Surakarta, dan Yogyakarta, Provinsi Lampung tercatat sebagai provinsi pe… Read More...
Pemprov Lampung Gelar Welcome Dinner Panitia Olimpic Ahmad Dahlan
LAMPUNG, LAMPUNGUPDATE.COM – Pemerintah Provinsi (Pemprov) Lampung menggelar acara welcome dinner panitia olimpic Ahmad Dahlan di Rumah D… Read More...
0 Response to "Bayi Usia 15 Bulan Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Tidak Sedarkan Diri Akibat Terjatuh Di Rumah Pengasuh"
Posting Komentar