Bangga dengan kejayaan I Am Me, Datuk Seri Vida mahu berduet dengan PSY pula
wahh , meletop Dato Vida !! Selepas lagu I Am Me menjadi siulan bibir peminat , kini diva kita ni nak pula berduet dengan bintang K-pop PSY .
Meskipun mendapat kritikan dan kecama dari netizen berhubung lagunya , namun DSV terus mara tanpa memikirkan aura negatif tersebut . Terkini , video lagu I Am Me kini telah mencecah 3 juta viewers dan mencapai hampir 40 ribu likes di Youtube.
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vMe1w1W5mLykTyk98VAHXxHVXWRbLc9yHotI8Sa_z9DloOKoHGS1AFQjPOW0ipvtM1fi_ZkYfZbw=s0-d" width="640">
DSV merasakan lagunya itu akan menembusi pasaran antarbangsa . Oleh itu , beliau tidak akan berhenti bahkan merancang untuk berduet dengan artis lain suatu hari nanti
Ketika ditemuramah Berita Harian , DSV menyatakan hasrat beliau untuk berduet bersama PSY !
Beliau berasa teruja dan gembira dengan pencapaian lagu I Am Me .
‘ saya sangkakan akan ambil masa yang lama untuk lagu ini dikenali , ternyata ia mampu tular dalam tempoh yang singkat ‘
‘saya mengharapkan ia menjadi fenomena bukan setakat di negara ini bahkan di luar negara kelak’
Semoga tercapai cita-cita DSV suatu hari nanti ok !
sumber : BH online
0 Response to "Bangga dengan kejayaan I Am Me, Datuk Seri Vida mahu berduet dengan PSY pula"
Posting Komentar