Aliff Aziz dibebaskan dengan jaminan polis. (Pic: Instagram @aliffaziz91)
Menjadi topik perbualan hangat semalam gara gara dikatakan memukul isteri sendiri, Bella Astillah yang masih dalam tempoh berpantang, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz kembali mencetuskan kontroversi.
Selepas dua tahun lebih sepi tanpa kontroversi, "drama" yang berlaku di premis hiburan di Cheras membabitkan Aliff, isteri dan juga seorang pelakon wanita, Afifah Nasir menghangatkan termometer lelaki tinggi lampai itu.
Selama ini kontroversi hanya singgah dalam dirinya beberapa kali ketika masih belum berkahwin.
Aliff dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Semalam penyanyi lagu Sayang Sayang Sayang itu ditahan atas dakwaan terbabit dalam kes memukul isterinya.
Baca selanjutnya di sini: Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek diberi jaminan hari ini selepas proses siasatan kes selesai.
"Suspek dibebaskan
Aliff disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Aliff ditahan selepas isterinya, Bella membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh Aliff di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, di sini pada Khamis lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, Bella bersama ibunya datang mencari Aliff dan bertambah kronik apabila suaminya itu dilihat bersama seorang wanita.
Baca selanjutnya di sini: Bella Minta Afifah Nasir Tidak Ganggu Rumah Tangganya Dengan Aliff Aziz
Bella yang masih di dalam pantang kemudian dikatakan memarahi suaminya dan merakam beberapa keping gambar suaminya.
Aliff dalam pada itu mula bertindak kasar dan merampas telefon berkenaan. Dek pergelutan itu, Bella mendakwa mengalami luka di bahagian muka dan lutut selepas ditolak menggunakan tangan dan siku oleh Aliff.
Aliff dan Bella berkahwin September tahun lalu dan dikurniakan anak lelaki Mohamad Ayden Adrean Julai lalu.
0 Response to "Aliff Aziz Dibebaskan Dengan Jaminan Polis"
Posting Komentar