Alhamdulillah, Liyana Jasmay Kini Bertudung

Alhamdulillah, Liyana Jasmay Kini Bertudung

Allah s.w.t. buka pintu hati. (Pic: Instagram @liyanajasmay)

Tarikh 26 Julai lalu diabadikan sebagai detik berharga bagi aktres terkenal, Liyana Jasmay yang membulatkan kata hati untuk bertudung.

Sekian lama berfikir dan terdetik di hati untuk menutup aurat, pelakon dan penyanyi terkenal, ini akhirnya nekad berbuat demikian pada tarikh tersebut.

Ibu kepada Selena dan Sofia Arissa ini akhirnya bagai mendapat isyarat terbaik melakukan tanggungjawab sebagai wanita Islam.

Bulatkan kata hati.

"Sudah lama saya berfikir untuk keputusan ini (bertudung). Tapi hari itu terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama.

"Mama

menyambut baik dan berkata kalau hati bulat berbuat begitu, maka teruskan.

"Suami juga memanjat kesyukuran di atas keputusan ini," katanya penyanyi lagu Oh Na Na itu.

Menurut pelakon yang bakal muncul dengan filem Bella & Jamie ini, dia juga kebetulan pada hari mula bertudung mempunyai temu janji fotografi bersama jurugambar terkenal Pinography.

Mahu jadi lebih baik.

"Memang sudah lama Pinography nak rakamkan gambar baru saya. Dijadikan cerita pula pada hari pertama saya bertudung, fotografi itu dijalankan.

"Dia sendiri terkejut dan tumpang gembira," katanya.

Menurut Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2009 itu, dia masih lagi Liyana Jasmay yang dulu.

"Saya harap akan istiqamah. Semua manusia mahu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah,"katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Alhamdulillah, Liyana Jasmay Kini Bertudung"

Posting Komentar